Skip to main content

Tips 2 : 10 Idea Stail Baju Nikah 2017

10 IDEA STAIL BAJU NIKAH 2017

Acara pernikahan merupakan klimaks dalam sesuatu majlis perkahwinan. Selain baju sanding, baju nikah juga perlu menyerlah dan cantik untuk dipandang. Jika anda sedang mencari-cari idea stail baju akad nikah yang simple tetapi menarik, di sini 10 trend design baju pengantin terkini yang boleh membuat anda tampil menawan di hari berbahagia anda.

1.   BAJU KURUNG MODEN




Ini merupakan salah satu contoh baju nikah yang klasik. Ramai pengantin memilih design ini kerana ianya ringkas tetapi masih mampu membuat pengantin kelihatan anggun. Design ini datang dengan material kain silk berserta warna plain seperti putih atau warna-warna pastel. Untuk nampak lebih ayu dan manis, veil dengan warna yang sedondon juga dikenakan.

Selain itu, untuk menaikkan lagi seri, baju turut dihiasi dengan lapisan lace dan manik. Bajunya labuh hingga ke lutut dan renda di tangan turut menambahkan nilai-nilai eksklusif padanya. Sememangnya stail baju nikah seperti ini simple tetapi nampak elegan.





2.   BAJU KEBAYA MODEN

Related image


Pilihan kedua yang menjadi pilihan para pengantin ialah baju kebaya. Stailnya yang moden mempamerkan rupa tradisional tetapi pada masa yang sama masih kelihatan moden apabila dihias dengan lace dan manik. Bagi melengkapkan lagi rupa kebaya ia dipadankan dengan loket-loket silver. Pengantin juga boleh memilih warna lembut atau pastel selain putih.



Berbanding baju kurung yang labuh, baju kebaya lebih pendek dibahagian atasnya. Kainnya sedikit mengembang yang memberi rasa 'playful'  kepada si pemakai, kainnya juga berenda yang menampakan pengantin lebih muda dan santai.

3.   BAJU JUBAH ALA DRESS



Bagi pengantin yang inginkan konsep Islamik, ada stail baju nikah simple yang sesuai iaitu baju jubah ala dress. Ianya berenda dan dihiasi dengan lace serta manik bagi menaikkan seri pengantin yang memakainya.




Dengan jubah nikah ini, pengantin boleh memakai veil kepala yang panjang dan tudung labuh menutup dada. Ia akan menaikkan lagi ciri-ciri islamik dan sopan. Bagi stail seperti ini, pengantin lelaki boleh memilih sama ada untuk memakai baju melayu atau jubah.

4.   BAJU NIKAH SONGKET


Source: Hanasuva.com

Baju nikah songket merupakan stail baju pengantin pada tahun 2017 yang boleh dimasukkan kedalam senarai pilihan anda. Ia merupakan pakaian yang sudah lama di pakai oleh pengantin sejak turun-temurun dan tidak pernah ketinggalan zaman. Malahan, kain songket juga sangat berkualiti dan kadangkala harganya boleh menjadi lebih mahal daripada harga baju nikah moden yang sedia ada.


Source: Pinterest.com

Sama seperti baju nikah moden yang lain, pilihan warna untuk songket juga tidak semestinya putih sahaja. Kadangkala, anda boleh menggunakan warna yang ceria seperti biru, merah tua, coklat, kuning, hijau dan ungu muda. Di lengannya pula, anda boleh gabungkan material lace dan manik untuk tampil eksklusif.

5.   BAJU NIKAH LONG DRESS




Bagi mereka yang ingin memakai dress panjang tetapi ingin mengenakan tudung pada masa yang sama, baju nikah ala long dress merupakan stail baju nikah 2017 yang paling sesuai dengan anda. Ia merupakan one-piece attire dengan renda-renda di bahagian pinggang atau di bahagian bawah. 


Source: Beautifulnara.com


Seperti baju nikah yang lain, tidak lengkap baju dress tanpa sebarang manik atau lace. Dua aksesori ini penting untuk menaikkan seri sesuatu baju nikah itu. Di bahagian tangan, selalunya mempunyai butang dan agak beropol, sesuai jika dikenakan dengan tiara di kepala.

6.   BAJU NIKAH GAUN KEMBANG


Source: Randomlynadia.com

Pernahkah anda semasa kecil membayangkan majlis pernikahan dimana anda berpakaian seumpama seorang puteri? Inilah idea stail baju nikah yang sepadan dengan impian anda. Di bahagian atasnya, ia direka ketat di badan dan dihiasi dengan renda-renda atau design flab. Di sepanjang lengan tangan, kain lace boleh disisipkan untuk menambahkan lagi ciri-ciri eksklusif pada gaun tersebut.


Source: Photoworkstudio.weebly.com

Ia bukan sahaja cantik malahan memudahkan pergerakan pengantin. Bahagian kain di bawahnya kembang dan memberi banyak ruang kepada kaki. Ia juga amat sesuai untuk dijadikan baju pengantin semasa bersanding.

7.   BAJU NIKAH WARNA TERANG ALA FAIRYTALE


Source: Ayueidris.com


Antara selebriti Malaysia yang telah mempopularkan baju kahwin ala fairytale ini adalah Anzalna Nasir. Walaupun stail ini bukanlah satu kebiasaan untuk majlis nikah dan beliau memakainya ketika bersanding, namun beliau berjaya menaikkan seri dress tersebut dan tidak langsung kelihatan kekok ketika mengenakannya.


Source: Thecorystory.blogspot.my


Beliau telah memberikan inspirasi kepada bakal pengantin lain dengan idea sebegini. Bahagian bawahnya kembang dan panjang serta beropol dan warnanya sangat meriah! Beliau mengenakan veil yang panjang untuk melengkapkan rupa tersebut. Anda pasti kelihatan menawan di dalam baju pengantin terkini ini – sama seperti Anzalna!

8.   BAJU NIKAH BLOUSE BEROPOL


Source: Thewednotebook.com


Bagi pasangan muda, stail ini paling sesuai dengan anda. Rupanya sangat stylish di mana bahagian atas tampil pendek tetapi menawan dengan ropol-ropol kain yang berbuai apabila anda berjalan. Selalunya, material kain yang digunakan adalah sutera atau satin. Warna yang sesuai untuk baju nikah seperti ini ialah warna putih, kuning cream dan kelabu muda, tetapi tentunya ia bergantung kepada citarasa masing-masing.


Source: Pinterest.com


Bagi trend baju nikah seperti ini, ia bukan sahaja dihiasi di bahagian hadapan, bahagian belakangnya juga turut tampil dengan hiasan tersendiri. Antaranya seperti butang, manik dan cebisan kain lace.

9.   BAJU NIKAH DRESS DRAPE MELERET


Source: Imgrum.net

Lagi satu stail baju nikah yang akan menjadi trend terkini adalah baju kahwin dress meleret. Bahagian bawahnya panjang mengurai di atas lantai, atau dipanggil ‘drape’. Jika stail ini di pilih, mungkin anda memerlukan seorang dua pengiring untuk memastikan anda dapat berjalan dengan baik sepanjang majlis pernikahan.


Source: Hipwee.com

Bagi design baju ini, hiasan baju selalunya simple. Tiada lace berat di bahagian hadapan. Cuma mungkin ada beberapa hiasan manik untuk membuatkannya berkilauan. Namun, fashion tidak semestinya mengikut trend biasa. Jika anda inginkan ia menjadi sarat, terpulang kepada citarasa dan kreativiti anda dan pereka design anda.

10.   BAJU NIKAH LACE PENUH


Source: Farisfakri.com

Baju nikah lace adalah satu design klasik yang akan membuat para pengantin menjadi tumpuan ramai. Design ini berjenis ‘timeless’. Ia selalu masuk dengan pelbagai jenis badan. Pemakainya pula tampil muda dan menawan. Sememangnya, ia telah menjadi satu stail baju pengantin terkini.



Source: Pinterest.com

Design baju nikah ini selalunya menggunakan material kain lace yang penuh dan ia sama ada digunakan di bahagian atas baju atau pun di bahagian bawah kain. Selalunya warna untuk stail baju nikah simple begini adalah warna putih atau kuning cair.

Apa pendapat anda mengenai idea stail baju nikah yang telah dikongsikan di atas? Anda boleh membuat pilihan baju yang sesuai dengan anda untuk hari bahagia anda.........




credit : ask wedding

Comments

Popular posts from this blog

PAKEJ CASHBACK KATERING

NAK CASHBACK RM2,000?? ! SIAPA YANG BERANI TOLAK ?? Yelah, kahwin zaman sekarang ni semua kena guna banyak duit . Mestilah nak cari pakej yang dapat jimat, RM10 pun dah berharga sangat kan? Dapat cashback, boleh beli perabut rumah bila dah kahwin nanti. Dah, tak pening-pening dah. Jom survey PAKEJ CASHBACK : CASHBACK RM1,000 PAKEJ STANDARD EKONOMI RM12.80 CASHBACK RM2,000 PAKEJ STANDARD RM13.80 PAKEJ PREMIUM RM18.80 PAKEJ LENGKAP EKONOMI RM21.80 PAKEJ LENGKAP EKSKLUSIF RM31.80. Jangan ragu-ragu dengan apa yang korang baca ni,  Penukaran menu yang korang suka dan terpilih secara PERCUMA je  Macam-macam design pelamin yang UP-TO-DATE yang korang boleh pilih  Booking tarikh & majlis Serendah RM1000  Sesi foodtesting dan penerangan pakej secara percuma setiap minggu  Medium Pembayaran yang Flexible seperti Debit Card dan Credit Card YANG PENTING...ADA CASHBACK LEBIH DARI 10%  BERTINDAK CEPAT, SEBAB PROMOSI CASHBACK NI HANYA UNTUK SEMEN...

Tips 1: Kelebihan Memilih Calon Isteri Yang Jarang ‘Make Up’

Kita selalu dengar mengenai lelaki yang rasa tertipu selepas berkahwin, kerana wajah isteri yang dikagumi selama ini hanyalah sekadar make up sahaja.  Dan hal ini diketahui setelah isteri mencuci make up yang tebalnya berinci-inci di hadapannya. Terkejut beruk sang suami.. Oleh sebab itu, jika ingin mencari seorang wanita untuk dijadikan isteri, pilihlah yang berani tampil tanpa make up semasa keluar rumah. Mengapa? Kerana wanita tanpa make up mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki oleh wanita yang suka bermake up antara 5 kelebihannya ialah: 1.  Tidak banyak tuntutan Seorang wanita yang memaafkan ketidaksempurnaan wajahnya, bercenderungan untuk tidak menuntut pasangannya menjadi sempurna.  2.  Lebih jimat Kepada kaum Adam, ketahuilah bahawa satu lipstik ternama mampu mencecah harga puluhan hingga ratusan ringgit. Pastinya gincu tidak cukup hanya satu warna, pembayang mata juga dijadikan koleksi pelbagai warna, blusher, maskara, foundation dan conce...