Skip to main content

Tips 1: Kelebihan Memilih Calon Isteri Yang Jarang ‘Make Up’

Kita selalu dengar mengenai lelaki yang rasa tertipu selepas berkahwin, kerana wajah isteri yang dikagumi selama ini hanyalah sekadar make up sahaja. Dan hal ini diketahui setelah isteri mencuci make up yang tebalnya berinci-inci di hadapannya. Terkejut beruk sang suami..
Oleh sebab itu, jika ingin mencari seorang wanita untuk dijadikan isteri, pilihlah yang berani tampil tanpa make up semasa keluar rumah. Mengapa? Kerana wanita tanpa make up mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki oleh wanita yang suka bermake up antara 5 kelebihannya ialah:
1. Tidak banyak tuntutan
Seorang wanita yang memaafkan ketidaksempurnaan wajahnya, bercenderungan untuk tidak menuntut pasangannya menjadi sempurna. 
2. Lebih jimat
Kepada kaum Adam, ketahuilah bahawa satu lipstik ternama mampu mencecah harga puluhan hingga ratusan ringgit.
Pastinya gincu tidak cukup hanya satu warna, pembayang mata juga dijadikan koleksi pelbagai warna, blusher, maskara, foundation dan concealer pun sekurang-kurangnya warna gelap dan terang untuk contouring.
Belum lagi make up remover, milk cleanser, dan face toner untuk membersihkan make up setiap malam.
Memilih seorang perempuan yang jarang make up akan mengurangkan perbelanjaan kaum adam.
3. Keyakinan diri tinggi, yang dinilai dari dirinya
Mempunyai keyakinan diri yang tinggi  kerana ia bukan persoalan rupa paras sahaja, tapi juga akhlak dan keupayaan seorang wanita yang boleh tampil tanpa make up. Ini bermakna, menyedari kecantikan sebenar bukan di wajah tetapi pada akhlak dan kemampuan dirinya. 
4. Mempunyai sifat seadanya dan tidak mengada-gada
Walaupun tidak semua perempuan tanpa make up bersifat seadanya, dan tidak semua perempuan bermake up bererti tidak seadanya, tapi kecenderungan menunjukkan kearah seperti itu. Perempuan yang tahap pergantungan pada make up yang sudah amat parah, yang mana hendak ke restoran mamak sebelah rumah pun perlu lukis kening dulu, adalah amat berbahaya.
5. Mengembara
Bayangkan kalau wanita biasa bermake up diajak mengembara? Kena panas sikit takut luntur make up, sekejap-kejap perlu tengok cermin, tambah bedak, tambah lipstik, bukan?
Sebaliknya, perempuan yang jarang bermake up lebih senang diajak berjalan-jalan. Untuk beribadah solat pun lebih praktikal iaitu tinggal wudhu, tidak perlu mencuci make up terlebih dahulu.


credit: aliffchannel

Comments

Popular posts from this blog

Tips 2 : 10 Idea Stail Baju Nikah 2017

10 IDEA STAIL BAJU NIKAH 2017 Acara pernikahan merupakan klimaks dalam sesuatu majlis perkahwinan. Selain baju sanding, baju nikah juga perlu menyerlah dan cantik untuk dipandang. Jika anda sedang mencari-cari idea stail baju akad nikah yang simple tetapi menarik, di sini 10 trend design baju pengantin terkini yang boleh membuat anda tampil menawan di hari berbahagia anda. 1.   BAJU KURUNG MODEN Source: Deannacreations.wordpress.com Ini merupakan salah satu contoh baju nikah yang klasik. Ramai pengantin memilih design ini kerana ianya ringkas tetapi masih mampu membuat pengantin kelihatan anggun. Design ini datang dengan material kain silk berserta warna plain seperti putih atau warna-warna pastel. Untuk nampak lebih ayu dan manis, veil dengan warna yang sedondon juga dikenakan. Selain itu, untuk menaikkan lagi seri, baju turut dihiasi dengan lapisan lace dan manik. Bajunya labuh hingga ke lutut dan renda di tangan turut menambahkan nilai-nilai e...

PAKEJ CASHBACK KATERING

NAK CASHBACK RM2,000?? ! SIAPA YANG BERANI TOLAK ?? Yelah, kahwin zaman sekarang ni semua kena guna banyak duit . Mestilah nak cari pakej yang dapat jimat, RM10 pun dah berharga sangat kan? Dapat cashback, boleh beli perabut rumah bila dah kahwin nanti. Dah, tak pening-pening dah. Jom survey PAKEJ CASHBACK : CASHBACK RM1,000 PAKEJ STANDARD EKONOMI RM12.80 CASHBACK RM2,000 PAKEJ STANDARD RM13.80 PAKEJ PREMIUM RM18.80 PAKEJ LENGKAP EKONOMI RM21.80 PAKEJ LENGKAP EKSKLUSIF RM31.80. Jangan ragu-ragu dengan apa yang korang baca ni,  Penukaran menu yang korang suka dan terpilih secara PERCUMA je  Macam-macam design pelamin yang UP-TO-DATE yang korang boleh pilih  Booking tarikh & majlis Serendah RM1000  Sesi foodtesting dan penerangan pakej secara percuma setiap minggu  Medium Pembayaran yang Flexible seperti Debit Card dan Credit Card YANG PENTING...ADA CASHBACK LEBIH DARI 10%  BERTINDAK CEPAT, SEBAB PROMOSI CASHBACK NI HANYA UNTUK SEMEN...